هُ
12 october 1988,23 tahun yang lalu, pada jam 11.38 pagi lahirlah seorang puteri yg ke-4 kepada Hjh Ipah Omar & Hj Hashim salam..d beri nama farah atikah bt mohd hashim sgt indah penuh makna tersirat ia dipilih oleh abg n akakku..hehe
Syukur kehadrat Allah kerana telah menganugerahkan aku segala-galanya yang lebih berbanding dari orang lain dan di dalam diri aku sesunggguhnya Allah ciptakan dengan penuh kasih sayang dan penuh keistimewaan. Syukur kepada Mu Ya Allah..Aku bersyukur dengan rahmat dan nikmat yang KAU kurniakan buat hambaMu yang penuh dengan kelalaian ini. Tiada yang lebih indah melainkan merindui kasih sayang dan cintaMu tapi hambaMu ini lemah Ya Allah maka kau pimpinlah aku Ya Allah..Pandanglah aku yang hina ini supaya aku dapat berdiri setaraf dengan orang lain, bergerak sederap dengan orang lain dan duduk setara dengan insan-insan yang kau cintai.
Ya Allah pandanglah aku hambaMu yang hina dan berdosa ini dengan pandangan rahmatMu dan kasihMu..Terasa dah semakin berusia dan terasa macam masa ini tersangatlah pantas berlalu. Terimbau kembali memacam kenangan zaman kanak-kanak, masa sekolah menengah dan zaman belajar di kolej dulu. Indah kan dunia kanak-kanak? terlalu byk kenangan
Terima kasih kepada family dan kawan-kawan yang masih ingat besday ku ini. Doakan aku sihat dan dimurahkan rezeki dan sentia sihat serta tahan diuji..
AKhir skali terima kasih x terhingga sekali lagi buat IBU & AYAHKU yg senantiasa bersabar dengan apasaje kerenahku dari aku berusia sehari sampai la sekarang umurku sudah pun masuk 23 tahun!Doakan aku cepat bertemu jodoh bersama insan yg di cintai(xyah sebut sume dah kenal dak>?hehe)Semoga diri kalian sentiasa di rahmati n berjaya dlm hidup masing2..
Bagi yang nak tahu sifat2 yg ada dlam diriku ini ...antaranya..p/s: saya ni bersifat Angin
WANITA BERUNSUR ANGIN
1) Lemah lembut dan menenangkan
2) Pandai bermain kata dan memujuk rayu
3) Sopan santun dan berbudi pekerti mulia
4) Bijak mewujudkan suasana selesa.
5) Hati yang cepat berubah ubah
hanyalah andaian..hehe..
~~sekiannn