Friday, May 6, 2011

SELAMAT HARI IBU buat IBU ku 'Hajjah Ipah Binti Hj Omar'


Ibu...
adalah wanita yang telah melahirkanku
merawatku
membesarkanku
mendidikku
hingga diriku telah dewasa

Ibu...
adalah wanita yang selalu berjaga tatkala aku dalam buaian
tatkala kaki-kakiku belum kuat untuk berdiri
tatkala perutku terasa lapar dan haus
tatkala kuterbangun di waktu pagi, siang dan malam

Ibu...
adalah wanita yang penuh perhatian
bila aku sakit
bila aku terjatuh
bila aku menangis
bila aku kesepian

Ibu...
telah kupandang wajahmu diwaktu tidur
terdapat sinar yang penuh dengan keredhaan
terdapat sinar yang penuh dengan kesabaran
terdapat sinar yang penuh dengan kasih dan sayang
terdapat sinar kelelahan kerana aku

Aku yang selalu menyusahkanmu
aku yang selalu menghalang perhatianmu
aku yang telah menghabiskan air susumu
aku yang selalu menyusahkanmu hingga muncul tangismu
engkau korbankan segalanya untuk aku

Ibu...
jasamu tiada terbalas
jasamu tiada terbeli
jasamu tiada akhir
jasamu tiada tara
jasamu terlukis indah di dalam syurga

Ibu...
hanya do'a yang dapat kupersembahkan untukmu
kerana jasamu
tiada terbalas

Hanya tangisku sebagai saksi
atas rasa cintaku padamu

SELAMAT HARI IBU BUAT SEMUA IBU DI SELURUH DUNIA!!

sekian~~



No comments:

Post a Comment